
Mesti ada antara kita yang pernah alami situasi macam nie kan... Nie petanda komputer kite telah dijangkiti virus, Ada banyak petanda.. antaranya folder option hilang, regedit tak leh buka, task manager kene disabled. Ikuti langkah dibawah untuk mengatasi masalah task manager nie..
Step nie kalau regedit korang ok lagi.. boleh nak akses..
1. Pergi kat Start pastu pilih Run pastu taip Regedit..
2. Cari nie HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Current Version\Policies\System
3. Kat sebelah kanan tu pilih DisableTaskMgr, double klik pastu set value pada 0
4. Restart pc.
5. Insyaallah ok nyer... he.. :)
Step nie plak kalau regedit dia pun kene disabled..
1. Download FixTaskManager ![]()
2. Klik je kat fix task manager.
Kesimpulan : Step kedua lagi senang, step pertama tu bagi sesape yang dah biasa bermain ngan registry ok lah.. tapi kalau tersalah setting komputer korang leh rosak.. pilih la mane2.. he..
Task Manager kena disabled, Apa yang harus anda lakukan?
Labels: Tips
7 jenis windows 7

Windows 7 Starter
Diperuntukkan bagi mereka yang dah pun memiliki komputer kecil atau netbook. Sistem nie lebih banyak ciri yang dapat digunakan ntuk berhubungan dengan dunia maya atau internet.
Windows 7 Home Basic
Pada umumnya ianya seperti windows vista home basic. Ciri windows 7 home basic sudah cukup lengkap dibandingkan dengan windows starter dan sangat dinajurkan bagi pengguna rumah.
Windows 7 Home Premium
Jenis yang nie pulak adalah sistem yang relatif lengkap dan berpadanan untuk pengguna rumah, terutamanya yang menikmati kemudahan TV turner, DVD dan sebagainya. Selain itu tentu saja masih dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti rangkaian internet connection sharing dan sebagainya.
Windows 7 Professional
Berpadanan untuk para profesional yang mahukan sambungan yang boleh dipercayai, kemudahan lengkap, peralatan perniagaan dan seterusnya kemudahan rangkaian yang disediakan oleh windows 7 profesional jauh lebih lengkap dari windows 7 starter home basic atau home premium.
Windows 7 Enterprise
Kemudahan yang ditawarkan pada windows 7 enterprise mencerminkan sistem yang layak digunakan untuk korporat. Kerana itu merangkumi pelbagai keperluan perniagaan, pejabat dan sebagainya.
Windows 7 Ultimate
Windows 7 Ultimate adalah output daripada sistem operasi windows lengkap. Disini anda dapat menemukan dan menggunakan kemudahan rangkaian, kemudahan backup dan memulihkan lebih terperinci.
Windows 7 E
Sistem operasi keluaran Microsoft pertama kali dilancarkan dengan sanak keluarganya yang lain. Ianya mungkin tak dipasarkan di seluruh dunia. Hanya digunakan disekitar eropah saja.. Mungkin juga E tu merujuk pada Europe.. Eropah..Untuk maklumat lanjut anda boleh lawat laman web Microsft.
Labels: Windows 7
Fakta menarik tentang perisian
Fakta menarik yang mesti korang nak tau..
* Istilah perisian (software) pertama kali digunakan oleh John W.Tukey pada tahun 1958.
* Perisian dibangunkan dan dijuruterakan serta cepat membangun. Banyak memudahkan kerja manusia.
* Dalam sains komputer dan kejuruteraan perisian, perisian komputer merupakan semua program komputer. Ia menjadi teori asas perisian moden dan dipopularkan oleh Alan Turing dalam eseinya pada tahun 1935.
* Firma pemprograman kontrak pertama ditubuhkan pada tahun 1950. Tahun ini juga aplikasi bisnes digunakan dengan meluas.
* Ciptaan komputer pada pertengahan tahun 1970 mendorong kepada penubuhan firma perisian komputer pertama Microsoft dan Software Arts dengan penghasilan program lembar kerja VisiCalc.
* Komputer pertama yang boleh menyimpan program perisian merupakan Mesin Eksperimen Skala Kecil Manchester yang dinamakan sebagai Baby. Program pertama mesin ini dihasilkan oleh Tom Kilburn pada 1984 untuk menjalankan Baby.
* Hanya selepas tahun 1981 program perisian layak untuk dipatenkan oleh Mahkamah Agung.
* FORTRAN merupakan bahasa pemprograman tahap tinggi pertama yang dicipta oleh John Backus dari IBM pada 1954.
* Vannevar Bush mencadangkan hiperteks asas pada 1945.
* Tim Bernes-Lee yang mencipta World Wide Web kemudiannya membangunkan bahasa HTML
atau hiperteks, HTTP dan URL pada 1990.
* Generasi kod yang digunakan untuk memprogram komputer dipanggil bahasa mesin atau kod mesin. Ia gabungan nombor 0 dan 1 dimana komputer menterjemahkannya sebagai arahan elektrik.
* Pada 1983, Microsoft Corporation mengumumkan perisian Microsoft Windows untuk komputer IBM dan hampir-hampir menamakannya Pengurus Antaramuka (Interface Manager).
* Ada Byron Lovelace pernah menulis kertas kerja saintifik pada 1843 yang menjangka akan ada kemunculan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) untuk perisian komputer dan muzik.
* Program pertama penerbitan desktop direka oleh Paul Brainard dan syarikat yang diberi nama Aldus. Program berkenaan dinamakan Aldus Pagemaker 1.0.
* BASIC (Beginner All Purpose Symbolic Instruction Code) ditulis dan dicipta oleh John George Kemeny bersama Tom Kurtzas, ahli matematik Dartmouth College pada 1963.
* Pemprosesan perkataan pertama diperkenalkan pada 1979 oleh Micropro International Inc dan dinamakan sebagai WordStar. Ia merupakan program perisian pemproses perkataan untuk komputer mikro dan antara program perisian terlaris diawal 80an.
* Dr.Dietrich Prinz merupakan penulis program permainan catur asal bagi kegunaan komputer am Manchester Ferranti. Program ini pertama kali dijalankan pada november 1951.
* Charles Bachman mencipta teknologi pangkalan data diawal 1960.
* Peralatan debug dan ujian CICS diperkenalkan buat pertama kali oleh Jack Berdy pada 1968, sehubungan dengan penubuhan On-Line Software International.
* Mike Blair menemukan sistem Cyborg pada 1974.
* MARK-IV bahasa pemprograman generasi keempat dihasilkan oleh Informatic Inc merupakan produk perisian pertama mencapai jualan $10 juta pada tahun 1962.
* J.Gregory digelar bapa teknologi DASD, beliau menulis program pengurusan DASD pertama.
* Perisian biasanya direka dan dicipta secara kod, ditulis, dan diprogram pada persekitaran pembangun (IDE) yang memudahkan proses kompilasi program.
* Kebanyakan perisian mempunyai dokumentasi agar pengguna hujung boleh memahami program dan bagaimana untuk menggunakannya.
Labels: Software




